Thursday, August 27, 2009

bakal suami! ;D

Sebenarnya, setiap kali aku view blog Peng, aku akan jeles secara berlebih-lebihan. Sekarang Peng asyik cerita pasal bakal suami dia yang entah sapa2 tu. Aku pun dah lama sebenarnya Peng nak tulis pasal bakal suami aku, tapi sejak kau tulis pasal bakal suami kau, aku pun nak jugaklah!

*****

Betul. Serius aku tak pernah suka kat lelaki lain selain dia. Dah dua tahun aku tergila-gila kat dia, tapi aku tahu, dia tak tergila-gila pun kat aku. Gila sungguh aku ni kan? Dah tu, aku buat tak malu cakap dia boyfriend aku.

Ey, ko takde bf lagi eh?
Ha'ah.Dah ade.
Hah! [sambil buat muka terkejut] Sape weh!
**********. Ko tak kenal pun


Macam tu lah, setiap kali ada orang tanya aku ni dah ber-bf ke belum, aku cakap YA dan aku kata budak tu bf aku! Takde was-was! Lepas tu, aku bagitau la pasal budak tu kat Cik Ipah. Ipah pun kasi lampu hijau. Dia lah yang support aku selama mana aku tergila-gila kat budak tu.

Takpe Fini, ko akan dapat!

Lepas tu Ipah tulis dalam buku rahsia dia pasal budak bermata cina tu. Aku pun baca la apa yang dia tulis. Masa tu rasa bahagia gila. Ceh, gila lagi! Aku pernah doa mintak jodoh dengan dia masa sembahyang hajat nak dekat PMR dulu. Orang lain mintak nak dapat 8A, aku mintak jodoh! Serius rasa bodoh bila ingat balik!

Tapi orang kata kalau kita mimpi orang yang kita minat tu, takde jodoh! Dah berapa kali dah aku termimpi-mimpi dia. Siap mimpi kawen pulak tu! Masa tu aku rasa macam putus harapan je nak jadi isteri dia. Dalam buku aku, kat mana-mana je aku dengan rasa bangga tulis nama budak tu. Masa tu ingat seronok hip hip hooray je!

Time aku jawab paper PMR asyik terbayang-bayang kat dia. Apa yang dia jawab masa tu, agak-agak dia boleh dapat 8A ke tak. Kat belakang paper English aku tulis nama dia banyak-banyak. Konon-konon sama-sama boleh dapat 8A! Ceyt!

Haih, aku rasa macam dah ber-suami pulak masa tu. Berkobar-kobar la aku jawab paper PMR! Nak bet dengan dia sape dapat 8A! Rasa macam nak send mail kat dia cakap 'Awak saya punya, saya awak punya!' Kalau aku bagitau Ipah, mesti dia maki aku cakap aku takde maruah!

Yang aku tak suka pasal budak ni, dia seorang smoker! Smoking! Dia ingat elok kot smoking. Dah la badan macam rangka hidup, kasi kat biawak pun dia tak nak hadap! Aku sangap sangat kat dia sampai aku tau jenama rokok yang dia suka hisap tu. Macam ni ke nak jadi contoh konon-kononnya kat bakal anak-anak aku? Tapi, bapak dia kaya! Orang banyak harta ni lah yang aku suka! Biar kaya sikit keturunan aku!

Tapi tu dulu, sekarang Ipah suka tanya aku pasal budak tu kalau aku call dia. Malas aku nak layan. Budak tu pun sekarang dah bahagia dengan gf cina-nya tu.

Sekarang ni pun aku rasa tak nak kat budak tu. Serius! Malu kalau ingat balik!



NAMA : Capital A

ASAL : Perak, MY

KEBOLEHAN : shuffle guna kaki

KETIDAKBOLEHAN : shuffle guna tangan dan mulut

TAHAP MENCAROT : 4/10

WATAK DAN PERWATAKAN : tak suka perasan sebagai lelaki kacak.

KEINGINAN : shuffle sampai kaki patah
Hari ni dah enam hari kita puasa. Tolak tak puasa masalah perempuan, aku puasa 20 hari je kot!
Bila datang bulan2 puasa ni banyak perkara akan dan dah berubah tambah2 bila aku balik rumah. Syok woooh! *ngada!

Ibu pun tidak mengubah perwatakannya kepada Hulk di pagi hari disebabkan aku bangun lewat. Bulan2 puasa tengahari baru ibu kejutkan aku bangun. Kalau hari2 biasa, pukul 8.30 pagi dia akan membebel cakap aku ni perempuan malas! Lagi ganas, ibu akan tuang sejag air atas muka aku kalau aku buat tak kesah dengan bebelannya itu. Ibu cakap, "Mak mentua pun tak suka kalau menantu bangun lewat!" Lepas tu aku akan malu secara tiba2.

Budak2 bujang yang tinggal di seberang jalan rumah aku yang seramai 10 orang itu pun akan mengurangkan aktiviti berjamming pada bulan puasa. Sekarang pun tak kedengaran lagi bunyi ketukan dram yang akan membuatkan kita meng-hempuk telefon bimbit ke dinding gara2 'gig' yang mereka adakan itu.

Sebenarnya, aku suka usha mereka kalau aku balik rumah. Bukan apa, sengaja nak tengok budak yang konon2 bermuka seperti Adi Priyo Sixth sense tu. Tak pun secara tak sengaja ter-usha dia duduk di halaman rumah sewa dia tu sambil bercakap senyum dengan hanya memakai boxer putih!

Malas la nak taip panjang2.

Wednesday, August 26, 2009

takkan hantu kot nak mencuri!

Ish! Hari tu seluar slack ketat kesayangan aku tu dah dicuri manusia durjana di ampaian! Tracksuit denagn tudung riadah aku tu pun pernah dikebas oleh mereka yang tak malu tu. Ceyt! Kebulur sangat la tu barang aku.

Buat muka tak malu ambek pakaian aku lepas tu mengaku dorang punya. Dah la seluar tu mahal.

"Dia ingat kau beli seluar tu dengan air kot!

Dah la curi seluar slack ketat aku tu lepas tu tak nak letakkan balik kat ampaian.
Kalau ikut hukum dah lama tangan budak tu kena potong sebab mencuri! Kalau aku jumpa budak yang curi tu siap! Nahas la aku tendang2 dia biar organ dalaman dia tak berfungsi!

Agak2 la curi pun seluar slack afini karang kena report kat shafiana biar dia sumpah orang yang mencuri seluar aku tu! Tapi kesian pulak kan?

kari ketam! :D

Tadi bukak puasa makan kari ketam
Aku tak reti makan ketam!
Sampai senget kepala cari isi ketam!





Kari ketam yay! Kari ketam yay! Kari ketam tu la yang membuatkan mulut aku luka masa aku gigit-gigit kulit ketam tu! Gedik sangat nak makan ketam, padan muka!

Tuesday, August 25, 2009

HAPPY FASTING!




SELAMAT BERPUASA YA KAWAN2!

Tiap2 tahun puasa mesti aku akan jeles lebih2 kat lelaki. Lelaki ni STRONG ja tiap2
tahun puasa penuh. Perempuan ni kadang2 mengelat nak ganti puasa. Tu pu ada orang tak reti2 lagi nak bayar fidyah!

******

Tapi yang aku musykil, kat spesies2 lelaki bercucu yang tak ingat kubur dah panggil mari. Mereka ni memang tak sedar diri, buat muka tak malu sahur pukul 8 pagi! Malang betul siapa yang ber-bapakkan bapak macam tu, mesti tak mengaku bapak!

tandas sebagai tempat kegemaran

Hari ni tiba-tiba teringat kat sekolah lama. Dulu tak suka sekolah tu. Cakap tak best, banyak masalah *membebel! Sekarang terindu-rindu. Tak kenang budi betul aku ni!

Tiba-tiba nak cerita pasal toilet sekolah lama. *ey, fini! ko buang tebiat ke tulis pasal toilet?

Bukan elok pun toilet tu. Dah la busuk [mungkin sebab dorang berak tak pam]




Tapi ada jugak orang suka tandas tu jadi tempat musyawarah dorang termasuklah aku. Tandas sekolah ni jadi port budak-budak yang suka ponteng kelas, tak suka cikgu subjek atau saja-saja suka duduk kat situ. Ceh! Tak malu betul dorang ni kan?

Yang perempuan, masuk tandas, passing bedak lepas tu pakat-pakat suluh muka, tempek bedak sorang sikit. Lepas tu touch-up tudung tak abes2, takut senget tudung, boyfren lari! Konon-kononya.~ Tu aku tak cerita lagi pasal artikel-artikel kat dinding. Pakat lawan carot2, siap main reply, jaja no fon budak rempit, lepas tu tulis pasal orang 'punya'. Bengong tol dorang ni.

Lelaki buat perangai pengotor tak abes2. Serius perangai jijik. Jelek nak mati! Berhimpun ramai-ramai depan toilet. Kalau bincang pasal politik takpa jugak. Kat dinding pulak, konon-konon nak luahkan emosi terpendam. Abes dimaki cikgu disiplin. Selalu yang jadi mangsa ialah cikgu yang suka menggunting rambut para pelajar sebagai hobi. Pintu toilet pun takdak. Serius kena tahan kencing la sampai abes waktu sekolah kalau nak guna toilet tu.

Tak masuk lagi perangai suka ludah dengan kencing atas lantai toilet. Silap2 seluar dalam pun boleh jumpak dalam tu. Nak mampos betul! Hahah, bodo la dorang ni.

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU PASAL AFINI DALAM TOILET SEKOLAH

1) Afini pun suka menconteng dalam toilet sekolah.
2) Afini turut suka touch-up tudung dalam toilet sekolah.
3) Afini suka buat reflect dalam toilet sekolah.
4) Afini akan tahan nafas selama mana dia akan duduk dalam toilet sekolah.

Thursday, August 20, 2009

baldi merah bertulis AFINI D11

Hari ni hujan. takpa lah, bukan aku nak bergebang pasal hujan pun! Tadi tertengok bakul baju tepi mesin bajuh automatik cap Panasonic kat rumah aku ni. Pastu teringat kat baldi merah aku! *gedik!

*****





Sekarang ni aku jadi malas nak sental baju. Nak jaga tangan konon2 tak nak jadi kasar. Nak tangan lembut2 macam dalam iklan mandi susu tu."LEPASKANLAH.." Alahai! Lepas tu malas pulak nak tunggu turn mesin, sebab tu kulat suka tido [bak kata Peng!] kat baju-baju aku sebab aku suka basuh baju seminggu sekali.

Cakap pasal tunggu turn, satu hari ni..

*****

Aku tunggu turn mesin dan tinggalkan kejap sebab nak ambek detergent. Bila aku pergibilik dobi, ada sorang perempuan ni dengan muka tak malunya tunggu kat mesin yang aku 'cup' tu. Tapi kan, takkan perempuan ni tak nampak baldi merah aku tu yang aku letak depan mesin tu?

Ish! Rasa macam nak tampar ja. Lepas tu terbayang idea jahat nak tuang liquid detergent dalam mulut dia biar koma. Peng kasi idea suruh tuang clorox dalam wash budak tu biar bertompok kain sekolah dia. Tapi nak marah rasa kesian pulak sebab muka dia tu innocent sangat.

*Tersentuh hati tak nak marah2!

Wednesday, August 5, 2009

demam.





H1N1 ni betul-betul gertak orang kan? dulu ada selsema burung sibuk nak bunuh ayam itik.
Sekarang ada selsema babi tak nak bunuh pulak babi-babi tu. Pelik. Bukan comel pun.
Orlando Bloom pun fobia kat babi tau.

*****

Babi hutan pun pembawa H1N1 tak?