Hari ni dah enam hari kita puasa. Tolak tak puasa masalah perempuan, aku puasa 20 hari je kot!
Bila datang bulan2 puasa ni banyak perkara akan dan dah berubah tambah2 bila aku balik rumah. Syok woooh! *ngada!
Ibu pun tidak mengubah perwatakannya kepada Hulk di pagi hari disebabkan aku bangun lewat. Bulan2 puasa tengahari baru ibu kejutkan aku bangun. Kalau hari2 biasa, pukul 8.30 pagi dia akan membebel cakap aku ni perempuan malas! Lagi ganas, ibu akan tuang sejag air atas muka aku kalau aku buat tak kesah dengan bebelannya itu. Ibu cakap, "Mak mentua pun tak suka kalau menantu bangun lewat!" Lepas tu aku akan malu secara tiba2.
Budak2 bujang yang tinggal di seberang jalan rumah aku yang seramai 10 orang itu pun akan mengurangkan aktiviti berjamming pada bulan puasa. Sekarang pun tak kedengaran lagi bunyi ketukan dram yang akan membuatkan kita meng-hempuk telefon bimbit ke dinding gara2 'gig' yang mereka adakan itu.
Sebenarnya, aku suka usha mereka kalau aku balik rumah. Bukan apa, sengaja nak tengok budak yang konon2 bermuka seperti Adi Priyo Sixth sense tu. Tak pun secara tak sengaja ter-usha dia duduk di halaman rumah sewa dia tu sambil bercakap senyum dengan hanya memakai boxer putih!
Malas la nak taip panjang2.
Thursday, August 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment