Ni yang aku malas nak tunggu lama-lama kat stesen bas tu. Ada je bala bencana nak datang! Tak suka tak suka tak suka.
Sedang aku tunggu abah aku ambil aku kat stesen bas, ada segerombolan student-student lelaki yang berdiri tak jauh dari tempat aku berdiri. Aku rasa aku kenal mereka-mereka tu kerana ke-tidak-hensem-an yang sama sekali membuatkan aku berpaling muka sambil mengutuk-ngutuk seronok! yay! Ni lagi satu, tak suka betul balik sama dengan student sekolah lain.
Ada seorang budak ni membuatkan muka aku berkerut-kerut tengok dia. Takot takot takot! Dengan muka dia yang bengis, ganas, garang, berperut boroi! Eh eh, curi-curi tengok aku pulak. Bila aku buat muka bengis balik kat dia, tau pulak takut! Ada saja orang yang nak membatalkan puasa aku. Ditambah dengan kutukan-kutukan tahap tak boleh blah, memang mereka suka melihat orang lain terbatal puasa.
Hah, apa tengok-tengok. Kalau berani tegor la!
Kalau aku jumpa lagi sekali lelaki bengis tu kat Central Square, nahas! Aku jelir-jelirkan lidah aku kat dia. Buat muka jijik sikit, baru tau!
Benci benci benci orang tu!
Wednesday, September 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment